ASSALAMU'ALAIKUM :)
ALHAMDULILAH, PANJATKAN RASA SYUKUR KEPADA
ALLAH. KERNA KITA MASIH DI BERI PELUANG UNTUK HIDUP DAN TERUS MENAMBAH AMAL
IBADAHNYA. SEMOGA KITA SEMUA BERADA DALAM REDHANYA.
SEBAGAI MUKADIMAHNYA,PSS TELAH DIDAFTARKAN
KEPADA JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) PADA 27 OGOS 2004. PADA
PERINGKAT AWAL DIPIMPIN OLEH EN BUNYAMIN BIN BAKRI. (TERKINI ) PENGERUSI PSS
SANDAKAN. PSS JUGA MELETAKKAN ASPIRASI NEGARA SEBAGAI TUNGGAK HALATUJU GERAKAN
MELALUI PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM PENINGKATAN ILMU DAN
KEMAHIRAN MELALUI PENGLIBATAN BARISAN TENAGA MAHIR DAN KEBERSAMAAN SEKTOR AWAM
DAN SWASTA SECARA BERSEPADU DAN BERTERUSAN.
PERSATUAN SISWAZAH SABAH SEMPORNA BARU
SAHAJA BERTAPAK PADA 18 JANUARI 2014, DALAM PERASMIAN YANG BERTEMPAT
D'PASTI DAERAH SEMPORNA DI RASMIKAN OLEH EN SABAHRULLAH ISHAK SEKALIGUS
MERUPAKAN PENASIHAT PSS BAGI CAWANGAN DAERAH SEMPORNA. BESAR HARAPAN PSS
SEMPORNA MENGUMPULKAN ANAK MUDA TEMPATAN SEMPORNA DAN MENDAPAT SOKONGAN
MASYARAKAT KHUSUSNYA DAERAH SEMPORNA BAGI MEGHIDUPKAN SUASANA ISLAM YANG
HARMONI DAN SEJAHTERA. SEMOGA PROGRAM-PROGRAM YANG DIJALANKAN PSS SEMPORNA
DAPAT MEMBUKA MATA MASYARAKAT UNTUK BERSAMA-SAMA BEKERJASAMA DALAM
MEREALISASIKAN PENUBUHAN PERSATUAN INI BAGI MENYUBURKAN PROGRAM-PROGRAM ISLAM
DI DAERAH SEMPORNA.
## GAMBAR SEPANJANG PROGRAM PENUBUHAN
kris memang terbaik...
ReplyDelete